Apakah itu senggugut
Senggugut ialah kesakitan yang kita semua alami semasa permulaan haid. Ia boleh terjadi lebih teruk semasa 2 hari pertama dan adakalanya tidak dialami setiap kali period. Selalunya, bagi sesetengah gadis, mereka mungkin akan mengalami senggugut yang teruk berbanding mereka yang sudah berkahwin.
Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid ini adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan ketulan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini akan dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Selalunya, dinding rahim yang dimiliki oleh gadis remaja masih sempit.
Senggugut juga mempunyai banyak simptom. tapi ada 2 simptom yang paling kuat terasa dan mudah terganggu. Simptom sebenar dan bagaimana ianya dirasai adalah berbeza. antara simptom simptom yang akan dirasai adalah :
- murung
- perut kembung
- payudara bengkak dan sensitif
- kejang perut
- ketegangan
- pening kepala
- sakit sendi
- lesu
- jerawat
- mood swing
dan banyak lagi....
Ada cara atasi senggugut tanpa ubat ubatan iaitu seperti :-

- Mengamalkan cara hidup sihat
- Mengambil makanan yang berkhasiat
- perbaiki diet
- Banyakkan minum air masak dan jus buah buaha
- Kekal Aktif
- Berhenti merokok
- Tarik nafas
- Tuam perut
Yes. Sepanjang 20 tahun hidup, bulan ni lah senggugut paling teruk aku penah alami. Ekceli aku memang tetiap bulan pon senggugut, penyakit wajib bulanan ni. Sampaikan sekolah dulu, first day period wajibbbbb mc, and terbawak-bawak ke zaman u. Dulu-dulu kalau kena time dah memang kat sekolah, aku cam singa lah. Lepastu semuorg takut nak tegur. Aku pon lebih suka menyendiri, kalau ada yang datang borak tu memang mendatangkan marah, bising tu bole menambahkan sakit tahuuuu? Hehh
Sebelum ni memang kejang perut tahap guling-guling je. Boleh dipertimbangkan lagi lah, sebab makan panadol and minum air suam, menggelupur 2-3 jam then tertidur. Bangun tu memang akan sihat sepenuhnya laa. Itu memang aku lalui sejak 10 tahun lepas.
Cerita kali ni camni, isnin tu first day period. Isnin tu juga aku ade paper, aku doa je bebanyak moga-moga tak senggugut. Moga perut tak buat hal time dalam dewan. So pagi tu bangun lah seawal 4 pagi, study sampai pukul 8 then, masuk bilik siap-siap terus ke dewan. Exam pukul 9, mulanya memang terpikir nak pegi 7e dulu beli roti ke ape untuk sarapan, tapi cam lambat je terus lah ke dewan. Pukul 12 tengahari habis exam, perut kosong gilaaaa.
Haa cite time tengah exam tu aku macam berat gila dah kepala. Siap parking pipi atas meja lagi, sebab tak tahan sakit kepala. Lama gak ah aku keadaan camtu, then aku rasa macam gelap and ada bayang kat sebelah, aku angkat kepala tengok ketua pengawas yang jaga exam tuh ada kat sebelah, dye tanya 'kenapaaa?'. Hehh. Aku geleng je sambil senyum.
Keluar exam serius rasa nak pitam. Hmm. Terus pegi makan, tapi oder bole tahan lambat, pukul 1.30 baru sampai makan. Makan cam biasa, ok lagi time ni. K so naik lah bilik, start dah pening balik. Aku terus tidur. Dalam sejam camtu terjaga and sakit perut gilaaaa tapi tak bole nak bangun sebab kepala terlampau sakit. Tapi gigih jugak lah bangun ke toilet.
Kat toilet aku rasa tak mampu nak kawal badan, berpeluh! Rasa nak tumbang! Cepat-cepat keluar capai katil and baring. Ya Tuhannnn.. Bayanglah perut sakit, kepala terlampau berat sampaikan nak buka mata pon tak mampu. Waktu tu aku rasa aku tak ingat ape-ape dah. Sampaikan aku terpikir 'Tuhan, dah sampai masa ke, nyawa aku dah nak ditarik ke". Huhuhu. Sungguh. Aku ingat mati je. Otak langsung tak boleh fikir ape-ape, tak boleh ingat ape pun. Aku gelisah sakit
Lama gak dalam keadaan gitu, perut memulas tak tertahan aku paksa gak ke toilet. Tapi memang tak mampu nak buat ape, menyandar kat dinding. Allahh. Sebab tak boleh nak buatape, aku keluar dari toilet memang berpegang-pegang lah kat dinding dan pintu semua then kejut roomate dye tidur, mintak panadol dengan dye, telan panadol minum air suam. Aku rasa bukan air suam dah aku minum time tu, memang air baru siap menggelegak tuh. Tiup-tiup sikit terus minum. Memang hilang deria semua
Legaaa, kurang kesakitan tu. Tapi tak lama, 10 minit lepas tu sakit lagi. Lagi teruk dari tadi. Memang menggigil tahan sakit, berpeluh jangan cakap lah. Macam mandi peluh. Hehh. Waktu tu aku rasa waktu aku dengan Tuhan je, kat mulut tak henti-henti Allah Allah. Tetibe teringat ade pil chi kit ti aun tu, terpikir tu kan ubat sakit perut. Why not aku cuba je kan. Then lepas telan with air suam. Legaaaa. Lega seleganyaa. Terus terlelapppp
Petang tu lak aku minum 100plus, dengan harapan kepala dah tak sakit lagi. Tapii, harapan hanya tinggal harapan. Sakit yang datang lagi teruk dari tu. Aku bukan je senggugut tapi plus plus cirit birit. Malam tu langsung tak tidur ulang alik ke tandas. Hemm
Keesokan harinye aku ade janji dengan classmate nak study same-same untuk next paper. Tapi aku tak mampu, tengahari tu pegi lah unit kesihatan uitm nih. Doktor cakap aku demam nih dan cirit birit. Punca cirit birit? Perut masuk angin. Then doktor cakap takpayah study lah harini, balik makan ubat and tido keyh. Aku balik tu telan ubat terus tak sedar ape-ape. Hee
Eh waktu sakit tu seharian lah kot fon aku padam, sebab takda beteri. Malam tu sedar dari tidur, baru on. Banyakkkk misscall dari mak, then mak call lagi tanya pegi manaaa mak call dari pagi takdapat? Aku kate bateri takda je, tak cite pon aku tak sihat sebab taknak mak risau. Huhu. Tapi sumpah lah time mak call aku keluar air mata. Nak ngadu tapi ku tahan jua.
Dan sebab senggugut+perut masuk angin tu 4 hari aku demam. Sangat lama dan sangat mencabar. Time-time nak study time tu gak lah rasa nak tumbang. Huhuk. Sedih sangat. N alhamdulillah sekarang dah sihat. Walaupun tak sepenuhnya, tapi bila aku mampu untuk lawan sikit sakit ni aku bersyukur sangat dah. Mampu bangun pun aku syukur. Moga terus kuat untuk diri sendiri yee (",)
Ps : ade orang tanya kenapa aku teruk sangat senggugut, sedangkan org lain takpun. Itu urusan Allah, walaupun orang lain tak lalui ni tapi aku perlu lalui, aku tak letakkan diri aku dalam golongan orang yang malang pun. Aku terima ni bahagian aku, lagipun sakit tu dapat hapuskan dosa kecil. Sekurangnya tiap bulan pun dosa kecil aku terhapus. In sha Allah. Moga-moga. Amin.
No comments:
Post a Comment
takkan bace je kot ?
meh laa komen siket :)