Monday, October 12, 2015

Kosong

Assalamualaikum


Hai. 4 paper dah lepas, 2 moreee. Alhamdulillah, exam ok-ok aje. Tapi paper operation management semalam bole tahan susah ah aku rase. Berputar-putar soalan, pusing-pusing kepale rasa. Huhu dah laa ade satu soalan tu aku kompius sikit, then aku panggi kawan aku, aku tanya 'excellent 1 eh?' Sambil tunjuk kat kertas aku tuh. Aku nak tau, jeee. Sebab kompius. Lepastu pengawas jaga exam tu sound 'tuuu yang hujung tuuuuuu buatpe'. Aku terus pandang kertas buat2 fokus balik. Alaaa orang tanye cikit jewww. Wekss. Hahahaaaa

Esok ade paper marketing, baru jeee nak start study tetibe lampu terpadam. Mentol terbakar kot, ni tunggu tuan rumah mai tukar. Stress i okeh, orang nak study laaaaa.

Tadi aku call orang yang jaga rumah ni, bukan mainn susah nak angkat call, bini kat sebelah kerr. Lepastu aku gtau please tukar lampu ni, dari semalam lagi ni, then dye tanye kenapaaa tak bagitau nyer. Aku jawap je, dahtuuu call tak angkat. Grrrr. Aku tak sempat cakap abih lagi, dah letak. Cis cisss. Tapi kalau datang sini kemain gatal, tarik-tarik tudung orang biadappp sangat. Hari tu sekali dye datang dengan anak pompuan dye dalam umur 5 tahun kotttt, aku terus tutup pintu bilik cepat-cepat. Lepastu aku dengar dye cakap 'dik, tanya kak tu kenapa tutup pintu, baru jee nk tengok'. Then budak kecik tu ikut laa 'akak, kenapa tutup pintu, baru je nak tengok'. Aku dari bilik jawap 'tengok apeee?'. Si bapak dye jawap 'nak tengok takpakai tudung cantik ke tak' then si anak ni ikut 'nak tengok takpakai tudung cantik ke tak'. Haiiiiiiiss. Rase nak mencarut, gilaaa ke ape ajar budak gitu. Nasib budak tu pompuan. Roomates aku dah gelak-gelak. Gilaaaa

Ekceli sekarang aku sorang-sorang je kat bilik. Roomate ade busy dengan keje dye, and tidur rumah kawan dye. Si lia dah selamat pulang ke ganu, i jeles youuu. Dye tak amik marketing so gap untuk next paper lamaaaa, dye bole laa balik. Aku lak esok paper marketing petang, rasa macam nak jeeeee keluar dewan awal, sebab nak balik nak kejar bas petang tu. Heheh. Tapi tu laaa risau rushing, kang terkejar-kejar, dahlaa dewan exam bole tahan jauh. Lepastu pikir nak balik rumah dulu amik beg, lepastu baru pegi kat bas, kang tak sempat  kena tinggal bas nangis i sorang-sorang kat situ. So xpelaaa rabu baru balik, naik bas pagi tu. Duduk lah mereput sorang-sorang kat bilik. Sis redhaa

Hmmm ape lagi eh nak cite. Haa sebenarnye sebab utama excited sangat nak balik sebabnyerr akak i nak dapat baby baru. Ehh acu yang excited lebih. Minggu lepas aku yang jaga anak3 akak ni, 3 orang sebab tu anak3. Kahkah. Akak aku g klinik check up, anak dye kecik-kecik lagi umur 6,5 dan 2 tahun. So aku usik laa yang 2 tahun tu 'nanti baby umi acu nak laa, nak bawak balik kat machang, acu nak jaga kat sane'. Beria budak tu 'takleh, caye dulu, baby caye tuu' (caye-saye). Then aku jawap la 'ahhh acu nak gak'. Bising 'baby cayeee baby cayee'. Setengah jam camtuh umi dorang balik, cepat-cepat dorang capai umi dorang then bising 'umiiii, acu nak ambik baby kite', umi say 'bolehhh'. Kahkah. Acu menang yeayyyy

2jam dah weyyy tunggu tuan rumah datang. Tapi tak de lagiiii, eh please orang nak study laaa. Sabar je ni, kang keluar taring kangg. Haa haaa. Dari zohor sampai ke asar dah ni. Huwaaa :'( kangg ade tidur kat masjid ni kangg. Eh haritu berhari-hari kitorang berkampung kat masjid okeyy, dari pagi sampai ke magrib baru balik. Study sane ngan classmate yang pandai-pandai. Huhu. WhatsApp kawan, cakap study ni kat masjid. Dye tanya ehh pegi laa study kat library. Huhuhu. Masjid tu kat tingkat atas takda orang guna pon, dan ramai yang study and berkampung kat situ kalau musim exam. Best. Tenang jee, sejukk. Then paling best, azan jee bole terus turun berjemaah, lepastu sambung study balik. Kalau kat library susah, roti ponn tak bole bawak masuk. Nak solat pun jauh. Em penah gak sekali tidur kat masjid, time kem kokurikulum aritu, aktiviti habis 12 malam dorang tak bagi keluar dah. So penghuni rumah sewa semua kumpul tidur sane jeh. Huhu

Pecaya laa berejam nak siapkan entry ni. Huahua. Dah petang ponn jom lah kite cari udara sikit, stress je duduk bilik. Nanti borak lagi eh byeeee :)

P/s : entry kosong tanpa gambar bosan kan? Aku kalau blog walking orang ponn lepastu entry takda gambar aku bising gak dalam hati apee laa sistorr ni buat entry buh laa gambar sikit baru menarik. Kikiki. Update gune phone laa, bukan main susahh nak upload pic, kena try banyak kali. Malas ah, nak kena sabar dengan tunggu orang betulkan lampu lagi batang hidung ponn tak nampak nih, pahtu nak tambah kena sabar retry upload pic, grrr. Bia laa tak pon

P/s : bapak orang nih dah datang dah kemain lagi 'hellooo assalamualaikum' sambil senyum-senyum. Amboi ko. Tampo nakk.

No comments:

Post a Comment

takkan bace je kot ?
meh laa komen siket :)