Hahahahaha. Tajuk nak gempak jeh. Harus lah kan. Tengok macam orang berniaga, ayat mantoppp mulut manis hati kental. Bercakap semangattt, hakak pon nak camtuh. Tapi hakak tak berniaga, makan untuk tekak sendiri jeh.
Ekceli dah lama nak share resepi cream puff ni, tapi dalam masa yang sama aku nak cerita jugak first time buat tak menjadi, rentungg. Hahaha. Lepastu pikir emm nak cite mane dulu eh? Yang buruk dulu ke yang cantik dulu? K yang menjadi dulu lah. Kang kesian orang nak tengok resepi tapi dijamu cream puff rentung, kang down tak bole nak buat. Huhu. Mehh hakak bagi semangattt (emo lengan sadooo)
CREAM CUSTARD
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla
Cara penyediaan
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff
CREAM PUFF
Bahan-bahan
140gm tepung gandum
200ml air
70gm margerin
4 biji telur (saiz C) -kalau telur besar 3biji je okeh dipukul sebati
140gm tepung gandum
200ml air
70gm margerin
4 biji telur (saiz C) -kalau telur besar 3biji je okeh dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
secubit garam
Cara penyediannya
Cara penyediannya
1- Panaskan oven pada suhu 200'c.
Satukan air & margerin dalam periuk, masak hingga butter cair
2- Kemudian masukkan garam
3- Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk.
4- Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5- Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6- Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel.
7- Paipkan adunan di atas dulang pembakar
8- Spray permukaan dengan air
9- Bakar pada suhu 200'c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan..
By step. Ni bahan-bahannye
Air 200ml. Aku taktau nak sukat air guna ape. Hahaha. Pinjam je botol susu si haziq. Nak sukat betul-betul kang terlebih or terkurang air tak menjadi.
Time to pipping. Aku takda bahan pipping bag bentuk rose segalaaa tuh. Aku masukkan jeh dalam plastik, then potong hujung sikit, siap. Klasik betul tapi takpe yang penting pipping sambil semangat terkobar-kobar. Itu yang penting *tips : tekan-tekan muncung tajam puff tu, kalau tak nanti dah masak hujung dye tu jadi tak cantik.
Sembur sikit permukaan atas tu, ni tujuan dye untuk hasilkan ruang dalam puff anda. Ruang dalam tu kan nak letak cream jap lagi. *sebelum pipping, tray tu sapukan margerin dulu yeee anak-anak
Dengan bismillah, masukkan dalam oven. Hakak 15 minit tenung oven sebab nak tengok perkembangan cream puff tu. Risau tak menjadi.
Yeayy. Perkembangan sangat bagus, tidak terbantut sama sekali.
Then tinggggg oven bunyi menandakan kuih hakak dah masak. Next step tak amik pic, sebab ianya memerlukan kuasa 2 tangan. Cream yg disejukkan tadi tu letak dalam plastik jugak k, lepastu gunting hujung plastik tu, jangan besar sangat k. Amik puff yang dah masak tadi, gunting sikit and picit cream kat dalam. Siapppp.
Ni hasilnya. Alhamdulillah. Menjadi dengan jayanya.
Ampun lah gambar yang dah siap comottt, tak sempat nak hias. Sebabnya aku buat 2 kali sebenarnya sebab nak bawak balik u, roomate nk gak. Mulanya nak buat banyak terus, gandakan bahan dalam resepi tu kan, tapi mak kate takyah, try buat sikit dulu. Risau tak menjadi jugak, kang membazir bahan-bahan. Buang je nanti. K baik lah. So gigih buat 2 kali, dan yang pasti first round tu habisss. Tu tak sempat snap pic. Ni yang second round. Bawak 20 biji jee kot, selebihnya tinggal kat rumah. Aku start buat dalam pukul 1 tengahari kott, siap-siap second round dalam pukul 5. Lepastu roomate call siap-siap lah jom balik u, adui penat hakak tak hilang lagi, kate nak balik malam. Huhuhu. Disebabkan esok tu ade paper. Balik jelaa, seret kaki bawak beg balik machang. Dan yang pasti aku tidur sepanjang perjalanan. Kahkahkah.
Tettttttttttttttttttttttt. Cerita belum habis lagi. Ekceli ni kali ke 3 buat, first buat tu yang rentung tu lah kannn. Then kebetulan anak buah aku yang umur 6 tahun tu ada kat rumah, so meh laa suruh dye beli barang balik. Hahaha. Aku tulis je kat kertas apa yang nak dibeli. Lepastu buat again, kali kedua buat tu. Menjadi tapi buruks sangat rupa dye. Aku ade whatssapp bff sekolah dulu, mak dye sukaaa buat benda nih tanya kot ada ape yang salah kan. Then kawan aku tu cakap, "mak dye buat pon kadang-kadang tak menjadi. Biase laaa tu." Hahaha thanks awak, awak langsung tak menjatuhkan semangat kite. Hihihi then keesokan dye buat kali yang ketiga, baru menjadi dengan jayanya. Alhamdulillah, belajar dari kesilapan k. Huhu
First time buat. Hahaha. Keras k, dah macam kuih raya ketiduran
Ketiduran lah sebab hangitt
Semua ni telah selamat bersemadi di dalam tong sampah
Ni buat kali ke 2.
Ok sikit sebab still bole dimakan, tapi rupa buruk yang ampun.
Hahaha. Ekceli ni haa aku tak tekan hujung puff, camni lah jadinya
Yang ke 3. Yeayyy. Menjadi.
Lembut dan sedapp.
Ehhhhhh yang buruks ponn kau nak cerita kerrr ika? Haruslahh. Takkan nak tunjuk yang bagus-bagus jeee. Ni namanya pembelajaran tau. Yang penting jangan sesekali mengalah. Mak siap belikan oven untuk aku. Hahaha. Thanks mak, me love you. You are the best mom foreverrrrr. Sekarang tengah mencuba banyak benda. Nanti ika share eh... Jumpa lagi, bye :D
Tips untuk mendapatkan puff yang gebu
* Ikut sukatan yang betul, jangan derhaka lebih/kurangkan ape-ape. Hahah
* Sembur/renjis puff sebelum bakar. WAJIB
* Jangan buka oven waktu bakar, jangan jangan dan jangan. (Kalau nak tau first time buat memang patpuloh kali aku buka tutup)
* Kalau 15 minit tapi puff belum cantik, sila tambah masa cth 5minit (tanpa buka oven, intai jee kat cermin tu)
No comments:
Post a Comment
takkan bace je kot ?
meh laa komen siket :)