Thursday, September 17, 2015

Tips diet cara sihat

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirahim



Semenjak dua menjak ni kuat betul selera aku. Serius wehhh makin gemuk sangat sekarang, bagai dipam-pam. Ngeh3. Haritu dah kurus dah sikit. Hahah yekerr. Tak tau. Aku pon tak perasan. Tapi time tu aku puasa setiap isnin khamis plus kerja sebab cuti sem kan. Cergas lah badan gerak ke situ sini. Sampai tak pasan lah kan keadaan badan sendiri. Tau pun sebab mak tegur makin lawa badan. Lawa? Grrrr. Buat tak tau jee, mak mengarut je kan~~

Lepastu balik kampung, maksu tegur ika diet kerr? Kurus. Haaaa mana adaaa. Aku memang puasa manjang je bulan tu (setiap isnin khamis). Tak diet, tak kurangkan makan, tak pantang ais. Tapi serius best lah kalau amalkan puasa sunat isnin khamis ni (bukan nak menunjuk or riak, tapi tips untuk korang nak kurangkan makan plus plus puasa kesihatan kita akan terjaga). Rase macam ehh kejap nyer masa, lagipun magrib sekarang kan awal. Memang tak sempat penat pon, serius i tell yuu~

Next dekat-dekat puasa dah naik sem, lepastu puasa jela macam biasa kan. Sekali balik kampung time raya semua duk tegur ika kurus ika kurus. Isk apee lah korang kan. Dan aku memang tak pernah timbang pon sepanjang berpuasa tu, dah ramai tegur. Sekali tengok, 6kg turun! Pitamms

Lepas raya and puasa enam puasa ganti semua langggggsung tak puasa dah. Grrrr. Ape punya perangai nih. Susah nak start jeh, dah start nanti semangat lah. In shaa Allah nanti kita mula keyhh *(emotion sado). Dan lepas dari itu start makan balik. Makan makan dan makan. Makan makan dan terus makan. Berselera!

Macam biasaa aku memang tak naik pon penimbang walauponnn ade je penimbang tersadai kat bilik tu. Malas lah. Cumanya aku tau aku gemok melalui cermin jeh. Perubahan bentuk badan mungkin. Ekekeke. Haritu mak tengah duduk-duduk, so aku join duduk sebelah dye. Aku pegang-pegang peha nih sambil cakap 'hmm gemok nih gemok' then si haziq anak akak aku yang umur 1year 8monts datang sambil picit-picit peha aku jugak and cakap 'emok nih emok'. Amboiiiiiiii

Mak punya ayat yang satu ni selalu buat aku sentapss. Ayat mak dari dulu sampai sekarang 'jangan gemok sangat, nanti susah nak cari baju pengantin'. Sentapss. Dulu aku selalu nekad kat diri jangan sampai berat 50kg keyh, jangannnn! Tapi sekarang dah lebih pon. Kahkah. So sekarang gigih aku tak boleh berat melebihi 60kg. No! No way. Tak boleh! Sebab aku ni pendek weh. Dah 60kg memang obes laa i. T__T

Dan orang utama yang tegur keadaan semasa i harus lah mak tersayang. Mak pesan jangan gemok-gemok bahaya nanti banyak penyakit. So sekarang aku dah start mencuba yang terbaik buat diri sendiri. Makan nasi sekali je sehari. No ais. No makan manis-manis. Banyakkan makan sayur. Banyakkan minum air kosong. Dulu aku palinggg tak suka air kosong, tapi sekarang sukaaaa besttt 10 liter botol besar tu boleh habis 3 hari jee. Huhu. Bangga ah untuk diri sendiri sebab sebelum ni sebotol kecik 500ml tu 4 hari belum pasti lagi nak habis. Good ika. Goo ika gooooo *emo tangan sadoo

Dan ape yang penting haruslah exercise. Petang-petang pegi jalan pusing satu uitm. Best woooo. Jogging lepastu naik bukit jalan jeh, tak larat. Heheh. Dah sampai kolej tuh benti padang dulu, main alat-alat yang ada kat situ dulu. Bestnyaaa. Lepastu sambungg naik sampai dewan, paling best time turun bukit laju jeh. Dulu aku selalu exercise petang-petang baik basikal pinjam kat unit sukan, time turun bukit tuh kawan aku risau betul dye kat aku dye jerit 'weh kau ok ker??' 'Wehh, hati2, brekk tu jaga', 'aku risau lah, brekk tu jaga'. Why you risau sangat. Ika dah besar. Kekeke. Tapi serius laju sebab turun bukit area kolej laki tu memang bukit curam tajam siap ade selekoh lagi. Best i tell you~

Muka togel orang sebelah kejut 
sebab aku tertidur, 
terus bangun sarung tudung 
pegi turun jog. Tehee

Terpaksa aku heret kawan aku yang dah memang sedia kurus selim melim ni exercise sekali. Mana aciii wehhh, makan sama-sama, masak sama-sama, melantak pon sama-sama, tapi aku yang gemok sorang-sorang. Ini tidak adil tidak adil bagikuu~ Umpama aku sorang yang menanggung segala lemak-lemak yang KAMI makan. Huks

Ape yang penting sekarang jaga kesihatan kan, diet cara sihat. Jangan langsung tak makan, nanti pengsan. Huhu. Aku makan jeee nasi, lauk pon amik jeh. Cuma jangan lah nasi lauk ikan telur dadar sayur kangkung goreng telur masin penuhh satu pinggan. Tu melantak tu. Kurangkan kuantiti nasi je. No pil kurus okeh. Bahaya pil kurus tu. Tak ada kesan sekarang, mungkin 10-20 tahun akan datang. Nauzubillah. Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya. Amin

P/s : nak buat entry borak-borak jadi entry tips okeh terpaksa tukar title. Ngeh3. Psttttt, sekarang kat ganu. Esok balik machang balik sebab ada 4test berdereettt beratur sebelum cuti sem bakal tiba. I cant wait semester break but tanak lalui final exam. Bolee? Hikk. Moga dipermudahkan segalanya. Amin3

Dah~
Nanti jumpa lagi, bye!

No comments:

Post a Comment

takkan bace je kot ?
meh laa komen siket :)