Monday, September 21, 2015

Hidup dalam ketakutan

Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirahim






Aaaaaaaa. Rase nak balik cecepat jeh, dengan kes rompak makin mengganas. Semalam rumah sewa classmate aku kena pecah masuk. Ya Allah. So scary. Memang keadaan sini tak aman. Kitorang penghuni azra ni cam dikurung, sebab banyak sangat tersebar viral dorang aim budak azra. Seram. Pagar memang berkunci je, pahtu dorang kalau balik lambat merintih nak masuk nak masuk sambil pegang pagar tinggi tuh. Huhuhu sape suruh balik lambat. Kunci pagar tuan rumah pegang. Errrr kennot help sorry babe

Tuan rumah berkali-kali pesan kunci pintu yeee. Jangan buka yeee. Kunci.. Tutup pintu.. Kalau orang ketuk pintu tanya dulu sape, jangan main-main buka. Alaaaa, takut laaa. Kenapa polis tak tangkap cepat-cepat jeee penjahat tu. Please lah. Nak pergi kelas sorang-sorang pun aku jalan cepat-cepat jeee, bia cepat masuk pintu pagar u, baru tarik napas legaa. Hm

Aku dah la pagi-pagi suke study kat kerusi kat luar tu. Dah terbiasa. Lepastu pagi sabtu tu macam biasa, lepas subuh keluar study situ gak. Sejam sebelum test kul 9 camtu, masuk bilik nak mandi and siap-siap. Tetibe roomate cakap 'beraninyer study sorang-sorang kat luar tu, kena rogol baru tau'. Haippppppp mulut jangan celupar keyh!. Aku lupa laaa kes tengah panas sekarang. Hmmm. Sebelum ni memang malas study kat bilik, sebab gangu dorang nak tidur kalau buka lampu. Lepastu kat luar lagi segar kan. Hm

Terlalu banyak msg dorang fwd, lepastu kitorang dapat notis dari polis jangan viral berita tidak sahih sebab menyalahi undang-undang. Tapi memang terjadi kat orang terdekat, acane tu? Tak nak caye gak ke?

Semalam ramai giler polis ronda-ronda sini. Lepastu kitorang penghuni azra siap ada perhimpunan rasmi lagi. Hahaha. Tuan rumah pesan macam-macam, jangan takut, jangan bimbang, jangan risau. Kami pastikan anda selamat. Sila tutup lampu semasa tidur, kalau takut gelap buka lampu bilik air je. Tapi seriusly kitorang tidur pon tak lena. Lelagi katil aku sebelah tingkap. Huhu.

Otak aku ni memang terpikir-pikir je. Petang tadi kitorang borak pasal ni, sebab tetiap malam ade kes kan. Lepastu dalam kul4 camtu aku terlelap. Otak memang pikir je ni, tapi bole terlelap. Hehh. Lepastu aku dengar orang ketuk pintu kuat2. Macam ketuk-sepak memang kuat lah. Aku buka mata terus terduduk! Bangun terduduk terus ehh bunyi ape tu?? Sapee tu?? Sapee???. Hahaha. Macam orang dalam ketakutan. Memang sakit gile weh kepale jage tidur dengan keadaan terkejut gitu. Rupenye bunyi dari bilik sebelah. Jangan memain boleh?? nasib baik hakak takda sakit jantung T__T

Pstttt, esok lepas habis test finance kul 2 petang terus cabutt balik. Makkkk, kat sini tak aman. Kat sini bahayaaaa. Nasib baik cuti raya campur study week 10 hari gak. Lepastu jumpa final exam. Harap-harap penjahat tu dapat tangkap sebelum final exam nih. Tengah final exam memang lagi sunyi kawasan ni sebab semua kedai makan tutup. Isk. Ya Allah lindungilah kami. Aminn

Dah~
Nanti jumpa lagi, bye!





No comments:

Post a Comment

takkan bace je kot ?
meh laa komen siket :)