Saturday, September 12, 2015

Cerita semalam

Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim

Aku kalau hujung minggu wajib bangun lambat, lelagi kalau duk rumah. Mak langsung tak kejut, baik betul mak. Kahkah~ Pagi tu pukul 9:55 terjaga sebab dengar bunyi kereta, cepat-cepat aku keluar bukak pintu rumah and jerit nak gi maneeeeee? (dalam hati cisss sampai hati tinggal aku) hahaha. Akak lambai byeeeee nak keluar. Cis cis hahaha masuk bilik sambung tidur *k tipu

Tengok fon ade whastapp dari lia 'fatin, buat ape? Lia pegi rumah fatin sekarang k'. Haaa why awal sangat. Terus g mandi sarapan semua and dye sampai. So sepagi tu buat kerja sikit, buat slide dan prepare untuk present macroeconomiecs isnin ni. Ade yang tak faham, siap call miss di hari jumaat. Hahaha. Siap tanya miss ni yang mana ni page berapa. Miss kata ehh saya mana ada buku, tak buka buku sekarang. Hiks. Saje usik.

Azan zohor terus solat and keluar. Best gak keluar time orang solat jumaat ni. Lapang je jalan. Kosong takda orang. Nak kemana kita sekarang? Lia tu dari hari tu lagiii duk zikir mee kari kat Uncle Chua tu best, so jom kita pegi.

belanja gambo mee kari. Hiks

Aduii lapo lak tengok gambar nih. Huhu. Betul lah bestt. Tapi banyak sangat lah, kompem lah tak habes sebab aku kurang makanan bersantan ni. Tapi best layan gak lah makan sebab banyak betul sampah sarap dye dalam mangkuk tu, 5 bintanggg untuk Uncle Chua. Hehe. Air aku nak laici ais tapi lia salah tulis kod longan ais, best jugak. Sebelum ni tak pernah minum air longan, dah tersalah gini rase dah jatuh cinta. Mungkin ini dinamakan asyiknya dan indahnya jatuh cinta pandang pertama. *tetibe


Nah belanja lagi. Huhu. Tapi kat Uncle Chua ni mee tomyam dye memang terbaik lah. Next kite makan tomyam lak k. Hee. Eh semalam kat group bff memasing sebok duk tanya 'ika nak gambar orang sebelah please'. 'Ika tunjuk lah orang sebelah'. 'Untung la orang tu dating'. 
Ehhhh i keluar dengan pompuan yuuu~ Mandai je kan, ingat kalau dating kena dengan boy je ke? Iskk -,-

Next, pegi giant. Teman si lia beli barang. Tengok jam ok baru pukul 4 jom pegi tenang-tenangkan fikiran jap. So pegi lah, pukul 5.30 keluar dari tempat tu and last pegi pasar malam, beli makanan untuk mak ayah sikit. Perjalanan balik tu aku mintak lia tinggalkan kat tepi jalan jee, sebab akak tunggu kat situ nak ajak balik kampung. Tok tak sihat. Malam bile sampai rumah, tengok mak masak ape. Pehh lauk fav kott mak masak semalam, btw dah lamaaaa sangat tak makan masakan mak. Yelah sebab mak duduk berdua je dengan ayah, memang beli jelah lagi senang kan. Tapi memandangkan perut dah full and dah pukul 11 malam memang takk laaaaa nak makan kan. Aku dah gemok weh, sies dah gemok. T__T

So aku bangun pagi tadi, tinggi lah harapan aku dengan berharap lauk semalam still ada. Tapiii  dukacita, takda dah. Lepastu mak cakap, harini makan luar. Alaaaaaa. Again. Ruginye tak makan semalam. Makan banyak tapi nak kurus. Acane?

Dah~
Nanti jumpa lagi, bye!




No comments:

Post a Comment

takkan bace je kot ?
meh laa komen siket :)