Hakak hati tisu
Harini aku rase blurr je. Semalam rasanya tak tidur lambat pun, tapi pagi tadi punyelah malas nak bangun. Aku agak syaitonn yang gemok- gemok gempal-gempal ade kat badan aku ni. Lepas subuh bantai tidur balik, set time pukul 8.45 sebab hari ni kelas pukul 10 pagi, tapi nan adoooo bangun awal gitu. Terjage pukul 9, lepastu aku rasa macam ngantuknyerrr taknak pegi lah kelas harini. Sebabnye silibus habis dah, ni last laa for transportation class just nak bagi carry marks. So k jom sambung tidur balik!
Pukul 9.30 terjaga balik, ingat nak whatsapp si lia bagitahu aku malas pegi class harini. Dye class dari pukul 8 lagi. So taip-taip then delete balik, hmmm aku nak bagi alasan ape ni. Kang budak-budak class tanya aku mana ape lah si lia ni nak jawap, takkan lah nak kate aku malas. Isk tak boleh! Aku kena pegi kelas nih. So bangun, capai towel, aduiiiii denyut-denyut kepala. Peningg! Terus rasa macam k boleh buat alasan 'pening'. Sidai balik towel. Sambung tidur! Kahkah~
Then terjaga lagi, tengok jam 9.37. Ah aku kena pegi nih, takboleh tak pegi kang ape orang kate. So sepantas kilat bersiap, time tu gak laa baru nak kemas buku ape kan. (Adik-adik silaaa jangan contohi hakak, malam-malam pastikan bag untuk ke kelas dah siap okehh). 9.57 keluar dari bilik and pegi kelas. Sebab bangun lambat-lambat gitu memang sarung mana yang senang and pantas jela kan, pakai tshirt and kain. Settle!
Otw ke kelas ke aku rasa macam lain, orang macam pandang-pandang aku je. Grrr dah kenapaaa. Masuk je pintu pagar, aku blurrr pandang sekeliling. Blur sebab baru bangun tidur mungkin. Hahaha. Tetibe polis bantuan sound sorang boy ni. "Tie mana tie??". Aku dah "Ya Allahhhhh, harini isnin! Kenape aku pakai camni oiiiii". Btw, harini isnin uitm kena ikut salsiah rupa diri. Kena pakai baju kurung. Patut laaaa semua pandang aku. Orang semua berbaju kurung, kau bertshirt nak g mana ni. Hahaha. Aku berdoa je dalam hati lindungilah akuu. Disebabkan polis bantuan tu duk busy tanya kenapa si abang tu tak pakai tie, so aku terlepas!
Fyi, undang-undang kat uitm sini ni lagi ketat berbanding uitm lain. Segala benda lah tak boleh. Lecture aku pon cakap macamtu. Sebelum ni dye ngajar dungun, so dye selalu lah duk banding-banding sini dengan dungun. Huhu. Kalau kena saman dengan dorang rm50 okehh, bagi aku sangat bernilai rm50 tuu :D
Kawan yang tolong lindung kite tadi,
Thanks awak. Hiks
Dah selesai kelas transportation tu, ada gap sejam sebelum kelas finance. Kawan aku cakap dye nak keluar, nak pegi print slip exam. So meh lah tolong lindung aku untuk keluar jugak, nak balik tukar baju. Hihik. Berdoa banyak-banyak kot sebelum keluar tu. Akhirnya terlepas jugak. Tadi time aku nak keluar, ramai giler kot kena tahan sebab berjubah. Why youuu berjubah pon tak boleh ker? Sebelum ni ok je, peraturan baru ker? Iskkkk. Tapi yang pelik berjubah kena tahan and kena marah-marah tadi, aku yang bertshirt selamat? Alhamdulillah. Berkat doa mungkin.
Sampai bilik, aku tukar baju cepat-cepat. Tak iron ponnn. Hahaha. Malas. Sebab kawan tunggu. Roomates memasing dah bising 'takyah tukar lah, ok je pon. Isk', 'sanggup tuu balik tukar'. Eh aku sanggup jer, asalkan tak menggangu emosi aku. Sesetengah orang tak pedulik kan, macam lantak lah nak kena marah ke ape. Tapi aku bukan gitu! Aku malu weh kalau kena marah. Polis tu bukan betul sangat, sekali dye sound memang kuat bergema. Dan aku bukan hati yang kental untuk lalui semua tu. Kekadang terasa gak nak belajar acane nak jadi manusia yang berhati kering, senang aku nak abaikan kata-kata orang. Haks!
Dah~
Nanti jumpa lagi, bye!
No comments:
Post a Comment
takkan bace je kot ?
meh laa komen siket :)